Segala
kesenangan ada di dalamnya. Semua tersedia apa saja yang diinginkan, tanpa
bersusah payah memperolehinya. Sungguh suatu tempat yang amat indah dan permai,
menjadi idaman setiap insan. Demikianlah menurut riwayat, tatkala Allah SWT.
selesai mencipta alam semesta dan makhluk-makhluk lainnya, maka dicipta-Nya
pula Adam ‘alaihissalam sebagai manusia pertama. Hamba yang dimuliakan itu
ditempatkan Allah SWT di dalam Syurga (Jannah). Adam a.s hidup sendirian dan
sebatang kara, tanpa mempunyai seorang kawan pun. Ia berjalan ke kiri dan ke
kanan, menghadap ke langit-langit yang tinggi, ke bumi terhampar jauh di
seberang, maka tiadalah sesuatu yang dilihatnya dari mahkluk sejenisnya kecuali
burung-burung yang berterbangan ke sana ke mari, sambil berkejar-kejaran di
angkasa bebas, bernyanyi-nyanyi, bersiul-siul, seolah-olah mempamerkan
kemesraan.
Adam
a.s terpikat melihatnya, rindu berkeadaan demikian. Tetapi sungguh malang,
siapalah gerangan kawan yang hendak diajak. Ia merasa kesepian, lama sudah. Ia tinggal
di syurga bagai orang kebingungan, tiada pasangan yang akan dibujuk bermesra
sebagaimana burung-burung yang dilihatnya. Tiada pekerjaan sehari-hari kecuali
bermalas-malas begitu saja, bersantai berangin-angin di dalam taman syurga yang
indah permai, yang ditumbuhi oleh bermacam bunga-bunga kuntum semerbak yang
wangi, yang di bawahnya mengalir anak-anak sungai bercabang-cabang, yang
desiran airnya bagai mengandung pembangkit rindu.
Apa
saja di dalam syurga semuanya nikmat! Tetapi apalah erti segalanya kalau hati
selalu gelisah resah di dalam kesepian seorang diri?
Itulah
satu-satunya kekurangan yang dirasakan Adam a.s di dalam syurga. Ia perlu
kepada sesuatu, iaitu kepada kawan sejenis yang akan mendampinginya di dalam
kesenangan yang tak terhingga itu. Kadangkala kalau rindu dendamnya datang,
turunlah ia ke bawah pohon-pohon rendang mencari hiburan, mendengarkan
burung-burung bernyanyi bersahut-sahutan, tetapi aduh hai kasihan…bukannya hati
menjadi tenteram, malah menjadi lebih tertikam. Kalau angin bertiup sepoi-sepoi
basah di mana daun-daunan bergerak lemah gemalai dan mendesirkan suara
sayup-sayup, maka terkesanlah di hatinya keharuan yang begitu mendalam;
dirasakannya sebagai derita batin yang tegak di sebalik nikmat yang dianugerahkan
Tuhan kepadanya.
Tetapi
walaupun demikian, agaknya Adam a.s malu mengadukan halnya kepada Allah SWT.
Namun, walaupun Adam a.s malu untuk mengadu, Allah Ta’ala sendiri Maha Tahu
serta Maha Melihat apa yang tersembunyi di kalbu hamba-Nya. Oleh itu Allah
Ta’ala ingin mengusir rasa kesepian Adam.
Tatkala
Adam a.s sudah berada di puncak kerinduan dan keinginan untuk mendapatkan
kawan, sedang ia lagi duduk terpekur di atas tempat duduk yang berlapiskan
tilam permaidani serba mewah, maka tiba-tiba ngantukpun datanglah menawannya
serta langsung membawanya hanyut ke alam tidur.
Adam
a.s tertidur nyenyak, tak sedar kepada sesuatu yang ada di sekitarnya. Dalam
saat-saat yang demikian itulah Allah SWT menyampaikan wahyu kepada malaikat
Jibril a.s untuk mencabut tulang rusuk Adam a.s dari lambung sebelah kiri.
Bagai orang yang sedang terbius, Adam a.s tidak merasakan apa-apa ketika
tulang rusuknya dicabut oleh malaikat Jibril a.s. Dan oleh kudrat kuasa Ilahi
yang manakala menghendaki terjadinya sesuatu cukup berkata “Kun!” maka
terciptalah Hawa dari tulang rusuk Adam a.s, sebagai insan kedua penghuni
syurga dan sebagai pelengkap kurnia yang dianugerahkan kepada Adam a.s yang
mendambakan seorang kawan tempat ia boleh bermesra dan bersenda gurau.
Hawa
duduk bersandar pada bantal lembut di atas tempat duduk megah yang bertatahkan
emas dan permata-permata bermutu manikam, sambil terpesona memperhatikan
kecerahan wajah dari seorang lelaki kacak yang sedang terbaring, tak jauh di
depannya.
Butir-butir
fikiran yang menggelombang di dalam sanubari Hawa seolah-olah merupakan
arus-arus tenaga elektrik yang datang mengetuk kalbu Adam a.s, yang langsung
menerimanya sebagai mimpi yang berkesan di dalam gambaran jiwanya seketika itu.
Adam
terjaga….! Alangkah terkejutnya ia ketika dilihatnya ada makhluk manusia
seperti dirinya hanya beberapa langkah di hadapannya. Ia seolah tak percaya
pada penglihatannya. Ia masih terbaring mengusap matanya beberapa kali untuk
memastikan apa yang sedang dilihatnya.
Hawa
yang diciptakan lengkap dengan perasaan malu, segera memutar badannya sekadar
untuk menyembunyikan bukit-bukit di dadanya, seraya mengirimkan senyum manis
bercampur manja, diiringi pandangan melirik dari sudut mata yang memberikan
sinar harapan bagi hati yang melihatnya.
Memang
dijadikan Hawa dengan bentuk dan paras rupa yang sempurna. Ia dihiasi dengan
kecantikan, kemanisan, keindahan, kejelitaan, kehalusan, kelemah-lembutan,
kasih-sayang, kesucian, keibuan dan segala sifat-sifat keperibadian yang
terpuji di samping bentuk tubuhnya yang mempesona serta memikat hati setiap
yang memandangnya.
Ia
adalah wanita tercantik yang menghiasai syurga, yang kecantikannya itu akan
diwariskan turun temurun di hari kemudian, dan daripadanyalah maka ada
kecantikan yang diwariskan kepada wanita-wanita yang datang dibelakangnya.
Adam
a.s pun tak kurang gagah dan kacaknya. Tidak dijumpai cacat pada dirinya kerana
ia adalah satu-satunya makhluk insan yang dicipta oleh Allah SWT secara
langsung tanpa perantaraan.
Semua
kecantikan yang diperuntukkan bagi lelaki terhimpun padanya. Kecantikan itu
pulalah yang diwariskan turun temurun kepada orang-orang di belakangnya sebagai
anugerah Allah SWT kepada makhluk-Nya yang bergelar manusia. Bahkan
diriwayatkan bahawa kelak semua penduduk syurga akan dibangkitkan dengan
pantulan dari cahaya rupa Adam a.s.
Adam
a.s bangkit dari pembaringannya, memperbaiki duduknya. Ia membuka matanya,
memperhatikan dengan pandangan tajam. Ia sedar bahawa orang asing di depannya
itu bukanlah bayangan selintas pandang, namun benar-benar suatu kenyataan dari
wujud insani yang mempunyai bentuk fizikal seperti dirinya. Ia yakin ia tidak
salah pandang. Ia tahu itu manusia seperti dirinya, yang hanya berbeza
kelaminnya saja. Ia serta merta dapat membuat kesimpulan bahawa makhluk di
depannya adalah perempuan. Ia sedar bahawa itulah dia jenis yang dirindukannya.
Hatinya gembira, bersyukur, bertahmid memuji Zat Maha Pencipta.
Ia
tertawa kepada gadis jelita itu, yang menyambutnya tersipu-sipu seraya
menundukkan kepalanya dengan pandangan tak langsung, pandangan yang menyingkap
apa yang terselit di kalbunya.
Adam
terpikat pada rupa Hawa yang jelita, yang bagaikan kejelitaan segala
puteri-puteri yang bermastautin di atas langit atau bidadari-bidadari di dalam
syurga.
Tuhan
menanam asmara murni dan hasrat berahi di hati Adam a.s serta menjadikannya
orang yang paling asyik dilamun cinta, yang tiada taranya dalam sejarah, iaitu
kisah cinta dua insan di dalam syurga. Adam a.s ditakdirkan jatuh cinta kepada
puteri yang paling cantik dari segala yang cantik, yang paling jelita dari
segala yang jelita, dan yang paling harum dari segala yang harum.
Adam
a.s dibisikkan oleh hatinya agar merayu Hawa. Ia berseru: “Aduh, hai si jelita,
siapakah gerangan kekasih ini? Dari manakah datangmu, dan untuk siapakah engkau
disini?” Suaranya sopan, lembut, dan penuh kasih sayang.
“Aku Hawa,” sambutnya ramah. “Aku dari Pencipta!” suaranya tertegun seketika. “Aku….aku….aku, dijadikan untukmu!” tekanan suaranya menyakinkan.
“Aku Hawa,” sambutnya ramah. “Aku dari Pencipta!” suaranya tertegun seketika. “Aku….aku….aku, dijadikan untukmu!” tekanan suaranya menyakinkan.
Tiada
suara yang seindah dan semerdu itu walaupun berbagai suara merdu dan indah
terdengar setiap saat di dalam syurga. Tetapi suara Hawa….tidak pernah di
dengarnya suara sebegitu indah yang keluar dari bibir mungil si wanita jelita
itu. Suaranya membangkit rindu, gerakan tubuhnya menimbulkan semangat.
Kata-kata
yang paling segar didengar Adam a.s ialah tatkala Hawa mengucapkan
terputus-putus: “Aku….aku….aku, dijadikan untukmu!” Kata-kata itu nikmat,
menambah kemesraan Adam kepada Hawa.
Adam
a.s sedar bahawa nikmat itu datang dari Tuhan dan cintapun datang dari Tuhan.
Ia tahu bahawa Allah SWT itu cantik, suka kepada kecantikan. Jadi, kalau cinta
kepada kecantikan berertilah pula cinta kepada Tuhan. Jadi cinta itu bukan dosa
tetapi malah suatu pengabdian. Dengan mengenali cinta, makrifah kepada Tuhan
semakin mendalam. Cinta kepada Hawa bererti cinta kepada Pencipta. Dengan
keyakinan demikian Adam a.s menjemput Hawa dengan berkata: “Kekasihku, ke
marilah engkau!” Suaranya halus, penuh kemesraan.
“Aku
malu!” balas Hawa seolah-olah menolak. Tangannya, kepalanya, memberi isyarat
menolak seraya memandang Adam dengan penuh ketakjuban.
“Kalau
engkau yang inginkan aku, engkaulah yang ke sini!” Suaranya yang bagaikan irama
seolah-olah memberi harapan.
Adam
tidak ragu-ragu. Ia mengayuh langkah gagah mendatangi Hawa. Maka sejak itulah
teradat sudah bahawa wanita itu didatangi, bukan mendatangi.
Hawa
bangkit dari tempat duduknya, menggeser surut beberapa langkah. Ia sedar bahawa
walaupun dirinya diperuntukkan bagi Adam a.s, namunlah haruslah mempunyai
syarat-syarat tertentu. Di dalam sanubarinya, ia tak dapat menyangkal bahawa
iapun terpesona dan tertarik kepada rupa Adam a.s yang sungguh indah.
Adam
a.s tidak putus asa. Ia tahu itu bukan dosa. Ia tahu membaca isi hati. Ia tahu
bukannya Hawa menolak, tetapi menghindarnya itu memanglah suatu perbuatan wajar
dari sikap malu seorang gadis yang berbudi. Ia tahu bahawa di balik “malu”
terselit “rasa mahu”. Kerananya ia yakin pada dirinya bahawa Hawa diperuntukkan
baginya. Naluri insaninya bergelora.
Tatkala
sudah dekat ia pada Hawa serta hendak mengulurkan tangan sucinya kepadanya,
maka tiba-tiba terdengarlah panggilan ghaib berseru:
“Hai Adam….tahanlah dirimu. Pergaulanmu dengan Hawa tidak halal kecuali dengan mahar dan menikah!”.
“Hai Adam….tahanlah dirimu. Pergaulanmu dengan Hawa tidak halal kecuali dengan mahar dan menikah!”.
Adam
a.s tertegun, balik ke tempatnya dengan taat. Hawa pun mendengar teguran itu
dan hatinya tenteram.
Kedua-dua manusia syurga itu sama terdiam seolah-olah menunggu perintah.
Kedua-dua manusia syurga itu sama terdiam seolah-olah menunggu perintah.
Allah
SWT. Yang Maha Pengasih untuk menyempurnakan nikmatnya lahir dan batin
kepada kedua hamba-Nya yang saling memerlukan itu, segera memerintahkan
gadis-gadis bidadari penghuni syurga untuk menghiasi dan menghibur mempelai
perempuan itu serta membawakan kepadanya hantaran-hantaran berupa
perhiasan-perhiasan syurga. Sementara itu diperintahkan pula kepada malaikat
langit untuk berkumpul bersama-sama di bawah pohon “Syajarah Thuba”, menjadi
saksi atas pernikahan Adam dan Hawa.
Diriwayatkan
bahawa pada akad pernikahan itu Allah SWT. berfirman: “Segala puji adalah
kepunyaan-Ku, segala kebesaran adalah pakaian-Ku, segala kemegahan adalah
hiasan-Ku dan segala makhluk adalah hamba-Ku dan di bawah kekuasaan-Ku. Menjadi
saksilah kamu hai para malaikat dan para penghuni langit dan syurga bahawa Aku
menikahkan Hawa dengan Adam, kedua ciptaan-Ku dengan mahar, dan hendaklah
keduanya bertahlil dan bertahmid kepada-Ku!”.
Setelah
akad nikah selesai berdatanganlah para malaikat dan para bidadari menyebarkan
mutiara-mutiara yaqut dan intan-intan permata kemilau kepada kedua pengantin
agung tersebut. Selesai upacara akad, dihantarlah Adam a.s mendapatkan
isterinya di istana megah yang akan mereka diami. Hawa menuntut haknya. Hak
yang disyariatkan Tuhan sejak semula. “Mana mahar?” tanyanya. Ia menolak
persentuhan sebelum mahar pemberian ditunaikan dahulu.
Adam
a.s bingung seketika. Lalu sedar bahawa untuk menerima haruslah sedia memberi.
Ia insaf bahawa yang demikian itu haruslah menjadi kaedah pertama dalam
pergaulan hidup. Sekarang ia sudah mempunyai kawan. Antara sesama kawan harus
ada saling memberi dan saling menerima. Pemberian pertama pada pernikahan untuk
menerima kehalalan ialah mahar. Oleh kerananya Adam a.s menyedari bahawa tuntutan
Hawa untuk menerima mahar adalah benar.
Mahar
perkahwinan Adam
Pergaulan
hidup adalah persahabatan! Dan pergaulan antara lelaki dengan wanita akan
berubah menjadi perkahwinan apabila disertai dengan mahar. Dan kini apakah
bentuk mahar yang harus diberikan? Itulah yang sedang difikirkan Adam. Untuk
keluar dari keraguan, Adam a.s berseru: “Ilahi, Rabbi! Apakah gerangan yang
akan kuberikan kepadanya? Emaskah, intankah, perak atau permata?”. “Bukan!”
kata Tuhan. “Apakah hamba akan berpuasa atau solat atau bertasbih untuk-Mu
sebagai maharnya?” tanya Adam a.s dengan penuh pengharapan. “Bukan!” tegas
suara Ghaib. Adam diam, mententeramkan jiwanya. Kemudian bermohon dengan tekun:
“Kalau begitu tunjukilah hamba-Mu jalan keluar!”. Allah SWT. berfirman: “Mahar
Hawa ialah selawat sepuluh kali atas Nabi-Ku, Nabi yang bakal Kubangkit yang
membawa pernyataan dari sifat-sifat-Ku: Muhammad, cincin permata dari para
anbiya’ dan penutup serta penghulu segala Rasul. Ucapkanlah sepuluh kali!”.
Adam a.s merasa lega. Ia mengucapkan sepuluh kali salawat ke atas Nabi Muhammad SAW. sebagai mahar kepada isterinya. Suatu mahar yang bernilai spiritual, kerana Nabi Muhammad SAW adalah rahmatan lil ‘alamin (rahmat bagi seluruh alam).
Adam a.s merasa lega. Ia mengucapkan sepuluh kali salawat ke atas Nabi Muhammad SAW. sebagai mahar kepada isterinya. Suatu mahar yang bernilai spiritual, kerana Nabi Muhammad SAW adalah rahmatan lil ‘alamin (rahmat bagi seluruh alam).
Hawa
mendengarkannya dan menerimanya sebagai mahar.
“Hai Adam, kini Aku halalkan Hawa bagimu”, perintah Allah, “dan dapatlah ia sebagai isterimu!”.
Adam a.s bersyukur lalu memasuki isterinya dengan ucapan salam. Hawa menyambutnya dengan segala keterbukaan dan cinta kasih yang seimbang.
“Hai Adam, kini Aku halalkan Hawa bagimu”, perintah Allah, “dan dapatlah ia sebagai isterimu!”.
Adam a.s bersyukur lalu memasuki isterinya dengan ucapan salam. Hawa menyambutnya dengan segala keterbukaan dan cinta kasih yang seimbang.
Allah
SWT. berfirman kepada mereka: “Hai Adam, diamlah engkau bersama isterimu di
dalam syurga dan makanlah (serta nikmatilah) apa saja yang kamu berdua ingini,
dan janganlah kamu berdua mendekati pohon ini kerana (apabila mendekatinya)
kamu berdua akan menjadi zalim”. (Al-A’raaf:
19).
Dengan pernikahan ini
Adam a.s tidak lagi merasa kesepian di dalam syurga. Inilah percintaan dan
pernikahan yang pertama dalam sejarah ummat manusia, dan berlangsung di dalam
syurga yang penuh kenikmatan. Iaitu sebuah pernikahan agung yang dihadiri oleh
para bidadari, jin dan disaksikan oleh para malaikat.
Peristiwa
pernikahan Adam dan Hawa terjadi pada hari Jumaat. Entah berapa lama keduanya
berdiam di syurga, hanya Allah SWT yang tahu. Lalu keduanya diperintahkan turun
ke bumi. Turun ke bumi untuk menyebar luaskan keturunan yang akan mengabdi
kepada Allah SWT dengan janji bahawa syurga itu tetap tersedia di hari
kemudian bagi hamba-hamba yang beriman dan beramal soleh.
Firman
Allah SWT.: “Kami berfirman: Turunlah kamu dari syurga itu. Kemudian jika
datang petunjuk-Ku kepadamu, maka barangsiapa yang mengikuti petunjuk-Ku,
nescaya tidak ada kekhuatiran atas mereka, dan tidak (pula) mereka bersedih
hati.”
(Al-Baqarah:
38)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar